Maklumat Banci Ekonomi
Banci Ekonomi adalah penghitungan menyeluruh
“pertubuhan-pertubuhan perniagaan” dan “pertubuhan bukan berasaskan keuntungan”
yang ada di Malaysia. Banci ini dilaksanakan pada setiap lima tahun. Banci
Ekonomi yang pertama dijalankan pada 2001 bagi tahun rujukan 2000.
Jabatan Perangkaan Malaysia akan melaksanakan
Banci Ekonomi 2023 bagi tahun rujukan 2022. Banci ini dilaksanakan di bawah
Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Seksyen 5 di bawah akta ini mengkehendaki
mana-mana pertubuhan yang beroperasi di Malaysia untuk memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada Jabatan Perangkaan Malaysia.
Operasi pengumpulan data akan bermula dari 1 April sehingga 30 September 2023
Banci Ekonomi 2023 meliputi semua sektor ekonomi di Malaysia iaitu pertanian; perlombongan dan pengkuarian; pembuatan; pembinaan dan perkhidmatan (kecuali sektor kerajaan yang datanya diperoleh dari data pentadbiran)
1. Menilai pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas
(RMKe-12);
2. Mengenal pasti punca pertumbuhan baharu ekonomi;
3. Menjana statistik ekonomi baharu;
4. Menjana statistik utama sehingga ke peringkat daerah;
5. Meningkatkan kapasiti statistik data raya negara; dan
6. Mendapatkan penanda aras baharu.
Hubungi Kami
pejabat utama
Jabatan Perangkaan, Malaysia
Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514, Putrajaya
laman web
https://www.dosm.gov.my/
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta © 2020 Jabatan Perangkaan Malaysia. Hakcipta Terpelihara. | Paparan terbaik menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 9.0+ dengan resolusi 1920 x 1080 atau yang lebih tinggi, | Peranti 1200px dan ke atas Kawasan Kandungan 1140px