FAQ Banci Ekonomi 2023

1.    Apakah Banci Ekonomi?

Banci ekonomi yang dijalankan lima tahun sekali adalah penghitungan menyeluruh “pertubuhan-pertubuhan perniagaan” dan “pertubuhan bukan berasaskan keuntungan” yang ada di Malaysia. Banci Ekonomi 2023 merupakan banci kelima yang dilaksanakan semenjak tahun 2001.

2.    Mengapakah Banci Ekonomi penting?
  • Menilai pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)
  • Mengenalpasti pertubuhan baharu ekonomi
  • Menjana statistik ekonomi baharu
  • Menjana statistik utama sehingga ke peringkat daerah
  • Meningkatkan kapasiti statistik data raya negara
  • Menjadi penanda aras baharu untuk memperkemaskan statistik sedia ada.
3.    Siapa yang perlu menjawab Banci Ekonomi 2023?

Semua pertubuhan perniagaan dan "pertubuhan tidak berasaskan keuntungan" yang beroperasi di Malaysia pada tahun rujukan 2022 dalam sektor:

  • Pertanian

  • Perlombongan & Pengkuarian
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Perkhidmatan
4.     Adakah Banci Ekonomi itu wajib?

Ya.  Maklumat yang dikumpulkan adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak- 1989). Seksyen 5 di bawah Akta ini mengkehendaki mana-mana pertubuhan yang beroperasi di Malaysia untuk memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada Jabatan Perangkaan Malaysia.

5.    Bilakah Banci Ekonomi 2023 dilaksanakan?
    • Bermula 1 April 2023 hingga 30 September 2023
6.    Apakah maklumat yang dikumpulkan?

a)       Profil pertubuhan

b)       Taraf sah organisasi

c)       Struktur hak milik

d)       Perbelanjaan modal dan nilai harta tetap

e)       Maklumat pekerja dan gaji & upah

f)        Pendapatan dan Perbelanjaan

g)       Utiliti

h)       Modul daya saing:

  • Ekonomi digital
  • Kemudahan pembiayaan
  • Inovasi dan Penyelidikan & Pembangunan
  • Import & eksport
  • Perbelanjaan alam sekitar
  • Teknologi dan revolusi perindustrian keempat (IR 4.0)
  • Oil & Gas Services and Equipment (OGSE)
  • Affiliate asing
7.    Adakah maklum balas perniagaan terhadap Banci Ekonomi dirahsiakan?

Banci Ekonomi dijalankan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak-1989) yang memperuntukkan bahawa kandungan soal selidik adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini.

 

Selain itu, para pembanci DOSM yang dilantik juga turut terikat dengan akta ini. Pembanci yang dilantik oleh DOSM boleh dikenali melalui kad kuasa pengenalan pegawai dan surat iringan rasmi.

8.    Apakah kaedah kutipan data bagi Banci Ekonomi 2023?
  • Pelaporan dalam talian (platform e-Economic Census)
  • Mel (pos, faks, e-mel)
  • Temuduga melalui telefon
  • Kerja di lapangan (temuduga bersemuka)

Hubun​gi Kami

pejabat utama

Jabatan Perangkaan, Malaysia
Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514, Putrajaya

laman web

https://www.dosm.gov.my/

email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta © 2020 Jabatan Perangkaan Malaysia. Hakcipta Terpelihara. | Paparan terbaik menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 9.0+ dengan resolusi ​1920 x 1080 atau yang lebih tinggi, | Peranti 1200px dan ke atas Kawasan Kandungan 1140px